Sunday, July 31, 2011

Isu Sosej Tanpa Jenama. Siasatan Akan Dijalankan.




Isu lambakan sosej tanpa jenama dari Thailand yang diragui status halal, kandungan dan tahap kebersihannya itu dipercayai sudah dilaporkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dan tindakan sudah diambil. Difahamkan, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis sudah mengambil tujuh sampel sosej yang dijual di tepi jalan di sekitar Kampung Sungai Baru, Sanglang untuk diuji bagi menentukan kesahihan dakwaan terbabit.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata kementerian dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menyiasat isu ini selain mengambil sampel sosej terbabit untuk diuji bagi mengetahui kesahihannya. "Kementerian memandang serius perkara ini kerana kita bimbang kemasukan produk sejuk beku haram dari Thailand tanpa sijil halal selain kelulusan Kementerian Kesihatan akan memudaratkan orang ramai selain ia membabitkan sensitiviti umat Islam di negara ini.

“Kita mahu semua pihak khususnya orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penjualan sosej atau produk sejuk beku yang diragui tahap keselamatan dan kandungannya supaya melaporkan perkara itu ke Pejabat Kesihatan Daerah untuk membolehkan tindakan segera diambil," katanya pada sidang media selepas melancarkan Jentera Pilihanraya Puteri UMNO dan Projek Puteri Prihatin Wilayah Utara di sini, semalam.

Majlis Pelancaran Singgah Sahur TV3 bersama VOGUE Di Hospital Sungai Buloh


Majlis Pelancaran Singgah Sahur TV3 Bersama V.O.U.G.E Di Hospital Sungai Buloh
1hb Ogos 2011

Majlis Dirasmikan Oleh

YB Datuk Rosnah Rashid Shirlin
Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia
Merangkap
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia