Sunday, April 24, 2011

Seimbas Program Sembang Petang, Sihat Bersama Dengan Rakan FB, Twitter dan Media - Part 3


"Pertemuan secara bertentang mata tentunya membuka ruang yang lebih luas untuk kita beramah mesra, jangan pula apabila bertentang mata lidah kelu nak berkata-kata. Jika ada pertanyaan yang terpendam di hati, inilah harinya untuk luahkan segala-galanya. Jika ada idea untuk dikongsi kearah memantapkan Pergerakan Puteri UMNO atau berhubung kait dengan kementerian saya, maka saya kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan. Hari ini adalah hari untuk saya dan anda semua bermesra, bertukar cerita dan berkenalan dengan lebih lanjut lagi."






Sesi Cabutan Bertuah juga diadakan bagi memeriahkan majlis. Tahniah kepada para hadirin yang bertuah pada petang itu. Semoga tali siratulrahim diantara rakan-rakan semua dapat dieratkan lagi berkat daripada program ini.




Terima Kasih juga kepada rakan-rakan Media yang sanggup berkorban masa dalam menghadiri program ini, walaupun keadaan cuaca agak menyukarkan. Saya amat menghargai sokongan daripada rakan-rakan media yang banyak memberi peluang kepada saya sehingga saya berjaya berada di tahap ini.




"Ikhlas saya katakan tanpa anda semua siapalah saya. Sokongan rakan-rakan semua memberi kekuatan kepada saya untuk terus berbakti kepada masyarakat. Harapan saya pertemuan kita tidak terhenti setakat hari ini. Akan ada lagi pertemuan-pertemuan lain menyusul untuk mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita selain menambah lagi rangkaian rakan-rakan yang pastinya membantu kita mencanai dan bertukar idea untuk kebaikan kita semua."

No comments:

Post a Comment