Friday, May 20, 2011

Datuk Rosnah : Susu UHT Akan Dianalisis

KUALA LUMPUR – Sampel susu UHT, produk import yang digunakan dalam Program Susu 1Malaysia, kini sedang dianalisa setelah timbul kekhuatiran ia mengandungi melamin.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata Jabatan Kesihatan Selangor (JKN) telah diarahkan untuk mengambil sampel susu UHT yang diimport oleh syarikat Hybrid Allied Sdn Bhd bagi tujuan analisis melamin pada Rabu.

Sampel susu berkenaan diambil di gudang penyimpanan di Biforst Logistics Sdn Bhd di Shah Alam, Selangor yang merupakan gudang tunggal yang menyimpan bekalan susu UHT yang diimport syarikat berkenaan, katanya.

“Persampelan tersebut akan dijalankan pada kadar segera dan keputusan analisis akan diketahui dalam tempoh tiga hari dari tarikh persampelan,” katanya dalam kenyataan media pada Khamis.

Isu itu timbul ekoran dakwaan Yang Dipertua Ibu Bapa dan Guru (YDP PIBG) Sekolah Kebangsaan Kubur Panjang, Alor Setar, Kedah, Shaharol Niza Omar, yang dilaporkan menyatakan susu UHT yang diimport oleh syarikat itu untuk Program Susu 1Malaysia (PS1M) tidak mempunyai logo halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam (Jakim).

Beliau turut meragui keselamatan produk tenusu UHT berkenaan yang dikhuatiri mengandungi melamin, memandangkan kandungan susu hanya 40 peratus manakala 60 peratus lagi adalah bahan lain termasuk High Fructose Corn Syrup (HFCS), yang dikaitkan boleh menyebabkan peningkatan kadar obesiti sebanyak tiga kali ganda dan diabetes sebanyak tujuh kali ganda.

Mengenai penggunaan HFCS, Rosnah berkata berdasarkan Peraturan 129, Peraturan-Peraturan Makanan 1985, HFCS adalah dibenarkan penggunaannya sebagai bahan pemanis untuk ditambahkan dalam produk makanan.

Katanya berdasarkan maklumat daripada Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan, terdapat kajian di luar negara yang mengaitkan penggunaan HFCS dengan peningkatan obesiti walaupun tidak terdapat kajian khusus mengenainya yang dijalankan di Malaysia.

HFCS merupakan salah satu gula tambahan yang sering digunakan dalam produk minuman komersil dan seperti gula tambahan yang lain, pengambilan minuman yang mengandungi HFCS secara berlebihan boleh meningkatkan risiko berlebihan berat kerana pengambilan kalori yang berlebihan.

Rosnah berkata berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada pihak kilang, penggunaan HFCS dalam produk susu UHT keluarannya hanyalah 4.3 peratus daripada jumlah keseluruhan ramuannya.

“Memandangkan kandungan susu UHT yang dibekalkan kepada murid-murid sekolah bagi Program Susu 1Malaysia hanya mengandungi 4.3 peratus HFCS dan dibekalkan dua kali seminggu sahaja, susu UHT tersebut secara khususnya mungkin tidak boleh menyebabkan obesiti melainkan jika pengambilan makanan lain tidak terkawal,” katanya.

Saturday, May 14, 2011

Elak IPT Kena Wabak - Datuk Rosnah Rashid


Malaysia mempunyai bilangan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang banyak dan disertai oleh beribu-ribu pelajar dalam dan luar negara. Aspek kesihatan amat penting terutamanya kepada pihak pengurusan institut tersebut. Kebajikan dan kesihatan para penuntut harus menjadi keutamaan kepada pihak pengurusan.

Negara pernah digemparkan dengan berita kematian 3 pelatih polis lelaki akibat dijangkiti virus "Adenovirus" di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur. Kesedaran rakyat terhadap tahap bahaya sesuatu virus adalah amat terhad. Rakyat hanya bergantung kepada maklumat daripada pihak kementerian kesihatan yang disalurkan melalui media cetak dan media massa. Namun bagi pihak pengurusan sesebuah institusi, mereka harus bekerjasama dalam hal ini dalam memastikan kebersihan kawasan mereka sentiasa di dalam keadaan yang optimum.

"Setiap pentadbir IPT perlu memainkan peranan besar untuk menjayakan misi ini (halang wabak). Mereka perlu bekerja keras siang dan malam supaya graduan kita bijak menjaga kebersihan," Kata Datuk Rosnah kepada wartawan akhbar Transisi di Putrajaya.

"Saya ingin menegaskan kementerian tidak akan berkompromi kepada mana-mana pentadbir IPTA dan IPTS yang melanggar peraturan kebersihan di asrama pelajar kerana ia boleh mengundang bahaya pada masa depan."

"Saya juga mengingatkan semua pengusaha makanan, terutama di kantin asrama IPT supaya menjaga kebersihan makanan dan jangan sekali-kali menjual makanan yang terdedah lebih daripada 24 jam." Kata beliau lagi.

Friday, May 13, 2011

Selamat Hari Jururawat Sedunia


Kepada seluruh warga Jururawat di Malaysia, Selamat Hari Jururawat Sedunia. Teruskan usaha murni, tingkatkan prestasi dan teruskan berkhidmat untuk rakyat Malaysia. Peranan anda di dalam sektor perkhidmatan rakyat adalah penting bagi Negara Malaysia. Syabas! di atas pencapaian cemerlang Jururawat semua.

Tuesday, May 10, 2011

Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Kinabalu



Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Kinabalu

Bertempat di : Mandarin Hall, Tingkat 2, Tang Dynasty Hotel
Tarikh : 7 Mei 2011
Masa : 2.00 Petang

Dirasmikan oleh YB Datuk Rosnah Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia Merangkap Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

Turut Hadir :

1. YBhg. Datuk HJ Faisyal Datuk YH Diego
2. YBhg. Puan Hajah Musliati Moslimin, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Sabah


Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Marudu




Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Marudu

Bertempat di : Dewan Perdana SMK Kota Marudu II
Tarikh : 7 Mei 2011
Masa : 8.00 Pagi

Dirasmikan oleh YB Datuk Rosnah Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia Merangkap Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

Turut Hadir :

1. YBhg. Encik Wetrom @ Mohd. Fikri Bahanda, Ketua Bahagian UMNO Kota Marudu
2. YBhg. Puan Hajah Musliati Moslimin, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Sabah
3. YBhg. Puan Redonah Bahanda, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Kota Marudu