Saturday, May 14, 2011

Elak IPT Kena Wabak - Datuk Rosnah Rashid


Malaysia mempunyai bilangan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang banyak dan disertai oleh beribu-ribu pelajar dalam dan luar negara. Aspek kesihatan amat penting terutamanya kepada pihak pengurusan institut tersebut. Kebajikan dan kesihatan para penuntut harus menjadi keutamaan kepada pihak pengurusan.

Negara pernah digemparkan dengan berita kematian 3 pelatih polis lelaki akibat dijangkiti virus "Adenovirus" di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur. Kesedaran rakyat terhadap tahap bahaya sesuatu virus adalah amat terhad. Rakyat hanya bergantung kepada maklumat daripada pihak kementerian kesihatan yang disalurkan melalui media cetak dan media massa. Namun bagi pihak pengurusan sesebuah institusi, mereka harus bekerjasama dalam hal ini dalam memastikan kebersihan kawasan mereka sentiasa di dalam keadaan yang optimum.

"Setiap pentadbir IPT perlu memainkan peranan besar untuk menjayakan misi ini (halang wabak). Mereka perlu bekerja keras siang dan malam supaya graduan kita bijak menjaga kebersihan," Kata Datuk Rosnah kepada wartawan akhbar Transisi di Putrajaya.

"Saya ingin menegaskan kementerian tidak akan berkompromi kepada mana-mana pentadbir IPTA dan IPTS yang melanggar peraturan kebersihan di asrama pelajar kerana ia boleh mengundang bahaya pada masa depan."

"Saya juga mengingatkan semua pengusaha makanan, terutama di kantin asrama IPT supaya menjaga kebersihan makanan dan jangan sekali-kali menjual makanan yang terdedah lebih daripada 24 jam." Kata beliau lagi.

No comments:

Post a Comment