Sunday, April 24, 2011

Seimbas Program Sembang Petang, Sihat Bersama Dengan Rakan FB, Twitter dan Media - Part 1

Alhamdulillah, Syukur kepada Allah SWT kerana telah memberi peluang kepada saya untuk menganjurkan Program Sembang Petang, Sihat Bersama Dengan Rakan FB, Twitter dan Media yang diadakan di Laman Tiba, Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, Hari ini.

Program yang bermula pada jam 2 petang tadi, telah dihadiri oleh hampir 1000 hadirin yang terdiri daripada rakan-rakan saya daripada Facebook dan Twitter, dan juga wakil-wakil Media.

Pada program tersebut juga ada disediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma bagi orang ramai yang berminat. Adalah menjadi kebanggaan saya kerana jelas perkhidmatan yang disediakan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada rakan-rakan saya yang hadir pada hari itu.







No comments:

Post a Comment