Sunday, April 24, 2011

Seimbas Program Sembang Petang, Sihat Bersama Dengan Rakan FB, Twitter dan Media - Part 2


Pada Jam 2.30 petang, saya tiba di Laman Tiba, Titiwanga. Alhamdulillah tibanya saya disana di sambut meriah oleh rakan-rakan sekalian.

Walaupun pada petang itu cuaca agak menyukarkan dengan hujan yang telah mula turun dengan lebatnya, namun demi merapatkan diri dan mengenal sendiri rakan-rakan sekalian secara dekat, saya tidak mengendahkan cuaca pada petang itu.








Sokongan para hadirin yang terdiri daripada pelbagai kaum, amat mengharukan saya. Malah mereka juga membawa anak-anak mereka bersama-sama bagi memeriahkan lagi suasana program.


Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Pusat Perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan Percuma yang disediakan diterima baik oleh para hadirin yang hadir. Jelas kini kesedaran terhadap pentingnya penjagaan kesihatan telah meningkat diantara hadirin yang hadir. Terima Kasih diucapkan kepada para petugas perubatan yang terlibat.



No comments:

Post a Comment